HAMZAH OSMAN dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh. FOTO Supian Ahmad
HAMZAH OSMAN dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh. FOTO Supian Ahmad
Oleh Muhammad Apendy Issahak

 

Ipoh: Seorang pekerja sebuah resort di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, dekat sini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita yang juga majikannya pada 2008.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh, Hamzah Osman, 24, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik 202,Suria Beach Resort Teluk Nipah di Pulau Pangkor, kira-kira jam 1 pagi pada 18 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Norazuda Iden yang ketika itu berusia 31 tahun dan mengandung enam bulan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Jefferey Ong, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Pihak pembelaan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan kes itu di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 11:11 AM