Kuantan: Jurulatih Sime Darby FC, Ismail Zakaria bakal melakukan rombakan kesebelasan utama untuk mengembalikan kelab itu pada prestasi terbaik selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut.

Beliau berkata, rombakan kesebelasan utama itu diharap mengembalikan kelab itu pada prestasi lebih baik.

“Apa yang boleh saya katakan prestasi pemain import, Dilshod Sharofetdinov begitu mengecewakan dan tiada sebarang peningkatan untuk memantapkan pasukan.

“Saya harap perubahan nanti akan membantu Sime Darby FC kembali memberikan saingan kepada lawan terutama misi meraih mata menjadi kenyataan,” katanin.

Mengulas kekalahan kepada Pahang kelmarin, Ismail kecewa dan menganggap kekalahan itu tidak sepatutnya berlaku ketika Tok Gajah tidak menurunkan kesebelasan utama dan masih dalam kepenatan selepas mengharungi saingan Piala AFC dan Piala FA.

Katanya, namun mereka gagal memanfaatkan peluang itu yang menyaksikan impian meraih sekurang-kurangnya satu mata gagal direalisasikan.

“Sebenarnya saya begitu kecewa dengan persembahan pemain pada malam ini (kelmarin) biarpun Pahang tidak menyenaraikan kesebelasan utama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 6:22 AM