AHMAD Fathan.
AHMAD Fathan.
Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: PAS mengumumkan imam Masjid Baung, Pengkalan Chepa Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad sebagai calon bertanding mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, 22 Mac ini.

Pengumuman dibuat Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, di sini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan pimpinan kanan PAS Kelantan.

Ahmad Fathan, 42, adalah Imam Tua Mukim Baung Besar di sini yang juga Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Bapa tujuh anak itu adalah anak jati Kampung Baung, Pengkalan Chepa yang mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar Mesir dan Universiti Malaya dalam bidang Syariah.

Pernah menjawat jawatan Dekan dan pensyarah di Kolej JAIPETRA dan Timbalan Pengetua Institut Dakwah Islamiah PERKIM.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 12:29 AM