DARI kiri, Aslah, Ahmad Fathan, Fadzillah, Izat Bukhary dan Sharif selepas proses penamaan calon di MRSM Pengkalan Chepa, semalam.
DARI kiri, Aslah, Ahmad Fathan, Fadzillah, Izat Bukhary dan Sharif selepas proses penamaan calon di MRSM Pengkalan Chepa, semalam.
Ismail Muhamad dan Adnan Mohamad

Kota Bharu: Bukan tradisi pilihan raya di Kelantan yang menyaksikan lebih daripada tiga calon bertanding untuk merebut kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen, namun senario itu berubah, semalam.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka memperlihatkan pertembungan lima penjuru antara calon PAS yang mahu mempertahankan kerusi itu dengan empat calon Bebas pelbagai latar belakang.

Ketika Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan tempoh penamaan calon dibuka selama sejam bermula 9 pagi, PAS yang memilih Imam Tua Mukim Baung Besar Ahmad Fathan Mahmood@Mahamud tampil sebagai parti pertama menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi.

Ahmad Fathan, 42, segak mengenakan baju Melayu warna hijau muda diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta pimpinan tertinggi PAS iaitu Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Mustapa Ali dan Datuk Mahfuz Omar.

Terdahulu, beliau berarak bersama jentera dari Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) ke pusat penamaan calon di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sejauh kira-kira satu kilometer. Turut serta dalam perarakan itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:09 AM