Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: “Kalau macam ini layanan terhadap Faizal dan Fitri, saya rela mereka tidak main (mewakili negara).”

Demikian luahan Saari Zakaria, bapa kepada penyerang utama skuad hoki negara Faizal serta adiknya Fitri yang sudah tawar hati memberi dorongan kepada kedua-dua anaknya untuk beraksi dengan skuad negara.

Saari berkata, keputusan Faizal tidak turun berlatih bersama skuad negara adalah bersebab, kerana kecewa dengan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang masih gagal melunaskan bayaran bonus kemenangan sejak tahun lalu.

Menurutnya, Faizal terpaksa membuat tuntutan itu kerana mahu membantu keluarga selepas rumah mereka di kampung Rantau Panjang, Kelantan ditimpa bencana banjir, Disember lalu.

“Saya kenal anak-anak saya. Mereka tidak akan buat benda tidak elok kalau bukan bersebab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:23 AM