PEMAIN hoki negara, Faizal Saari (kiri) bersama Fitri serta anak mereka Faleeq Jafran Faizal, 1 tahun dan Muhammad Yusuff Zahran Mohd Fitri, 5 bulan ketika tiba di KLIA. FOTO/MOHD FADLI HAMZAH
PEMAIN hoki negara, Faizal Saari (kiri) bersama Fitri serta anak mereka Faleeq Jafran Faizal, 1 tahun dan Muhammad Yusuff Zahran Mohd Fitri, 5 bulan ketika tiba di KLIA. FOTO/MOHD FADLI HAMZAH
Saiful Affendy Sapran


“KEPUTUSAN saya kembali semula ke Dhaka tepat.”

Demikian luahan pemain tengah skuad hoki negara Fitri Saari yang mengakui keputusannya untuk kembali semula ke Dhaka selepas pulang seketika ke Malaysia untuk melawat anak kembarnya, Muhammad Adam Zafran yang kritikal berbaloi apabila Malaysian Tigers muncul naib juara Piala Asia.

Jelas Fitri, dia dapat berasakan skuad negara akan meraih kejayaan meskipun pada masa sama berat untuk meninggalkan anaknya itu.

“Saya dapat rasakan akan mendapat pingat di Dhaka. Sebab itu saya ambil keputusan untuk kembali semula bersama skuad kebangsaan.

“Sekarang ini anak saya berada dalam keadaan stabil di hospital,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Fitri berkata, sepanjang di Dhaka dia hanya memberikan fokus 100 peratus kepada setiap perlawanan yang diharungi oleh skuad negara.

“Saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada isteri untuk menjaga anak saya di hospital. Jadi saya boleh fokus sepenuhnya apabila beraksi di padang,” katanya.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengambil keputusan untuk menghantar semula Fitri ke Malaysia ketika berlangsungnya saingan Piala Asia tetapi pemain itu kemudian kembali semula ke Dhaka selepas anaknya yang mengalami jangkitan kuman paru-paru berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 10:39 PM