NORZA akur  kemampuan Soon Huat menyerlah di peringkat antarabangsa.
NORZA akur kemampuan Soon Huat menyerlah di peringkat antarabangsa.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Selepas berjaya meraih kejuaraan sulung musim ini, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bersetuju pemain perseorangan negara, Goh Soon Huat (gambar) diberikan peranan lebih besar.

Soon Huat yang meraih kejuaraan Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur 2015 kelmarin membuktikan dia lebih baik berbanding pemain perseorangan lain negara.

Hampir kesemua perseorangan utama negara, baik di bawah naungan BAM atau bebas berentap pada kejohanan itu, namun akhirnya kejuaraan milik pemain kelahiran Melaka itu.

“Dia (Soon Huat) berada di kedudukan sepatutnya. Pada masa sama dia sabar menunggu masanya untuk menyinar dalam skuad kebangsaan,” kata Norza di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Jelasnya, sebelum ini ramai pihak hanya mengenali Soon Huat sebagai pemain simpanan ketika Malaysia mara ke saingan akhir Piala Thomas 2014 New Delhi dan muncul naib juara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 6:42 AM