SOON Huat akan turun menentang pemain tuan rumah, hari ini.
SOON Huat akan turun menentang pemain tuan rumah, hari ini.
Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki negara berjaya melepasi halangan pertama di Masters Indonesia apabila Liew Daren, Goh Soon Huat dan Soong Joo Ven masing-masing menumpaskan wakil tuan rumah semalam.

Daren tidak berdepan masalah mengetepikan Ivanudin Rifan Fauzin dengan kemenangan straight set, 21-14, 21-13 dalam aksi berlangsung di Gedung Dome, Balikpapan.

“Saya akui perlawanan hari ini (semalam) cukup mudah namun esok (hari ini) saya harus lebih fokus apabila bertemu pemain China Shi Yuqi.

Shi Yuqi yang juga pilihan ke-11, menumpaskan seorang lagi wakil tuan rumah Kaizar Bobby Alexander 21-12, 21-18.

Soon Huat yang diletakkan sebagai pilihan ke-13 pula mengalahkan Saputra Vicky Angga 21-10, 21-13 dan akan bertemu seorang lagi wakil tuan rumah, Alamsyah Yunus hari ini.

Joo Ven pula menumpaskan Andre Marteen (Indonesia) 21-16, 15-21, 21-16 dan lawannya hari ini ialah HS Prannoy dari India.

Bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chong Wei Feng menunjukkan jalan keluar buat Siril Verma (India) apabila mencatat kemenangan mudah 21-7, 21-9 dan hari ini bakal membuat perhitungan dengan wakil tuan rumah Firman Abdul Kholik.

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei membalas dendam kekalahannya di Kejohanan Remaja Asia apabila menumpaskan Gregoria Mariska (Indonesia) 25-23, 21-12 dan hari ini akan bertemu rakan senegara Gregoria, Desandha Vegarani Putri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:24 AM