Soon Huat-Shevon  menewaskan Dechapol Puavaranokroh-Sapsiree Tearattanahcai  21-14, 18-21, 23-21.
Soon Huat-Shevon menewaskan Dechapol Puavaranokroh-Sapsiree Tearattanahcai 21-14, 18-21, 23-21.
Ferzalfie Fauzi

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ternyata bangga dengan prestasi dipamerkan gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada Terbuka Jerman, awal pagi tadi.

Soon Huat Shevon bukan saja mara ke separuh akhir malah berjaya mengekalkan rentak kemenangan ke atas pasangan negara jiran, Dechapol Puavaranokroh-Sapsiree Tearattanahcai apabila menang 21-14, 18-21, 23-21.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian yang memberangsangkan dari Soon Huat-Shevon terutama menjelang Seluruh England dan Sukan Komanwel,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norza keputusan memilih Soon Huat-Shevon berbanding Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ke Sukan Komanwel di Gold Coast bulan depan adalah satu tindakan tepat.

Ini adalah kali ketiga berturut-turut selepas tiga pertemuan Soon Huat-Shevon mencatat kemenangan ke atas Dechapol-Sapsiree dan menanti mereka di separuh akhir ialah pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung.

Solgyu-Yoo Jung sebelum itu mencatat kemenangan 21-13, 21-15 ke atas Marcus Ellis-Lauren Smith dari England.

Turut mara ke separuh akhir ialah pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang memperoleh kemenangan percuma ketika mendahului 21-19, 13-7 apabila gandingan Denmark, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding atas faktor kecederaan.

Menanti mereka di separuh akhir ialah pilihan keenam dari Jepun, Takuto Inoue-Yuki Kaneko.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Mac 2018 @ 9:36 PM