Soon Huat bersama Shevon tarik diri daripada Terbuka Malaysia. FOTO BERNAMA
Soon Huat bersama Shevon tarik diri daripada Terbuka Malaysia. FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


BEREGU badminton campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menarik diri daripada beraksi pada Terbuka Malaysia.

Penarikan mereka disebabkan oleh Soon Huat yang mengadu pening sejak melakukan sesi latihan bersama gandingannya pada sebelah pagi.

Mereka sepatutnya turun beraksi pada pusingan kedua, hari ini menentang Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai namun terpaksa memberi kemenangan percuma kepada pilihan keempat kejohanan itu.

"Beregu campuran negara, Goh Soon Huat terpaksa menarik diri beraksi di pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas mengadu pening kepala," menurut kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Soon Huat-Shevon sekarang ini menghuni ranking kesembilan dunia dan rekod pertemuan bersama pasangan Thailand itu menyaksikan mereka mendahului 4-3.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 4:09 PM