Baru-baru ini, SS sangat tertarik de-ngan cerita pelakon kacak Zul Ariffin yang dikatakan sudah mempunyai peng-awal peribadi.

Almaklumlah, peminat Zul pun semakin ramai dan khabarnya sudah mencecah lebih 280,000 peminat di akaun laman sosialnya. Itu pun mengikut kata teman SS yang menemubual Zul.

Apapun, bukan kisah Zul yang mahu SS kongsikan. Kali ini, kisah seorang lagi artis yang turut menggunakan khidmat pengawal peribadi.

Seorang teman SS yang hadir pada satu majlis hiburan baru-baru ini, agak terkejut melihat artis ini diiringi seorang lelaki segak dan bertubuh sasa.

Pada mulanya, teman SS ingatkan ‘abang sado’ itu rakan artis berkenaan. Namun, selepas puas diteliti dan melihat lagaknya, memang terserlah gaya seorang pengawal peribadi.

Apapun, teman SS tidak berkesempatan berbual lanjut dengan artis itu kerana dia tergesa-gesa meninggalkan majlis atas urusan kerja.

Kalau benarlah ‘abang sado’ dimaksudkan itu pengawal peribadi artis terbabit, apa yang boleh SS katakan artis tempatan kini memang hebat, sudah setaraf bintang Hollywood. Apapun, tak dinafikan pengawal peribadi ada kalanya penting bagi seorang artis yang memiliki ramai peminat.

Tidaklah diserbu begitu saja oleh peminat sebaik muncul pada majlis hiburan. Lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat fanatik.

SS: Berangan juga mahukan ‘pengawal peribadi’ sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:02 AM