Perubahan dalam restoran.
Perubahan dalam restoran.
Paparan lebih cantik dan mudah difahami.
Paparan lebih cantik dan mudah difahami.
Rekaan lengkung juga boleh dipasang.
Rekaan lengkung juga boleh dipasang.
Visual cantik.
Visual cantik.
Afiq Hanif

Kalau masuk ke restoran makanan segera, sudah pasti anda mendongak untuk melihat menu yang biasanya dipaparkan di atas permukaan kertas visual dengan grafik yang kadang-kadang mungkin membosankan kerana agak statik.

Dalam menaikkan selera pengguna, paparan yang lebih interaktif dengan visual terperinci dan jelas ditambah warna yang seakan-akan memaparkan makanan sebenar mampu memberi lebih ‘umph’ kepada pengguna.

Oleh itu, evolusi paparan menu atau jenis pengiklanan lain yang konvensional kini perlu berubah kepada paparan lebih cantik sama seperti evolusi berlaku pada paparan TV.

Paparan iklan kini seakan TV bergerak yang memerlukan ciri digital bagi menambah mood mereka yang melihatnya.

Tiba masanya, pengguna disajikan dengan paparan format tiga dimensi (3D) yang menjadi standard baru dalam industri visual sebelum ini pada TV sebelum format definisi tinggi (HD) pula menerjah pasa masa depan.

Sebagai contoh, syarikat Korea iaitu LG yang muncul dengan teknologi diod pemancar cahaya organik (OLED) yang menghasilkan warna lebih terang dan masa respons lebih pantas untuk paparan.

OLED memang sesuai diketengahkan bukan saja bagi tujuan pengiklanan malah pameran dan mana-mana kandungan yang mahu disampaikan dengan lebih kemas serta cantik kepada pengguna.

Bukan itu saja, penulis melihat sendiri ‘signage’ moden LG yang mempunyai dua sudut pandang paparan menggunakan panel OLED yang menawarkan kualiti imej ultra HD 4K pada format 3840 x 2160 piksel.

Nampak biasa, bukan? Tapi cuba konsep terbabit digunakan seperti senario makanan segera yang ditonjolkan penulis pada awal artikel, anda boleh membayangkan menu makanan yang nampak lebih lazat.

Secara teknikalnya, LG mempunyai paparan OLED yang boleh diubah suai mengikut kehendak pelanggan bermakna paparan terbabit berupaya ditetapkan di atas dinding, didirikan, ditampal di permukaan dan sebagainya.

Apabila ia dipasang, sudah pasti anda hanya fokus kepada kandungannya dan bukan pada skrin paparan terbabit meskipun kadang-kadang visual terhasil tidaklah terlalu cantik pada mata kasar.

Semuanya memberikan ciri berlainan namun paling pasti jumlah mampatan piksel memberikan perbezaan ketara antara satu teknologi panel jenama panel iklan digital tertentu.

Sasaran penggunaan OLED amat jelas, ia memberikan paparan lebih terperinci membuatkan setiap sudut di paparan itu menghasilkan visual mantap seakan-akan pengguna menyaksikan objek di depan mata.

Jika sebelum ini, pergerakan objek dalam kertas biasa atau skrin digital belum bergerak lancar disebabkan pertukaran warna yang belum sempurna tetapi OLED memberi nafas baru yang membawa evolusi visual maju selangkah.

Ia menghasilkan imej realistik biasa kita lihat pada pemandangan alam semula jadi dengan bahan yang boleh menghasilkan pewarnaan semula imej dengan tepat hasil manipulasi saiz dan bentuk bahan berkenaan.

Bukan itu saja, paparan iklan jenis OLED bertahan lebih lama seterusnya memastikan TV anda mempunyai jangka hayat lebih baik tanpa menjejas warna paparan.

Ia berasaskan bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya berwarna berbeza bergantung kepada saiznya.

Warna terbabit lebih asli dan efisien berbanding kebanyakan bahan yang dimasukkan dalam paparan sekarang.

LG memaklumkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan sudah menggunakan teknologi OLED untuk paparan di sekitar terminal dengan panel 55 inci dipasang di lebih 140 dinding.

Begitu juga OLED Video Walls yang dipasang di Lotte World Tower, Korea Selatan yang menjadikannya lebih interaktif kepada pengunjung dan menampilkan pengalaman berbeza.

Meskipun nampak remeh, bangunan tertinggi di Korea terbabit dipasang dengan 60 unit paparan jenis OLED bersaiz 55 inci setiap satu yang menunjukkan visual terang seakan-akan menghasilkan imej hidup.

Jika ditanya, apakah yang baiknya dengan paparan terbabit? Saya mungkin berkata, ia memberi satu dimensi baru dalam dunia paparan panel yang tidak membosankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 1:10 PM