Afiq Hanif


Anda boleh meluangkan waktu berkualiti ketika cuti bersama keluarga dengan menonton rancangan televisyen menerusi Samsung SUHD TV bersama paparan Quantum dot.

Dengan fungsi pintar, aktiviti berkenaan mampu memenuhi pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur.

Bagi yang gemar dengan permainan pula, anda boleh memindah turun secara terus permainan kegemaran daripada aplikasi Samsung Smart TV Games.

Malah, menggunakan Tizen sebagai sistem operasi, pengguna juga boleh melihat dan mencari pilihan kandungan kegemaran dengan hanya mengakses ke skrin utama Hub Smart.

Selain itu, Samsung SUHD TV bersama paparan Quantum dot juga boleh disambung kepada pelbagai integrasi hiburan termasuk pemain media, konsol permainan dan sistem teater rumah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Quantum Dot?

Sasaran penggunaan Quantum Dot amat jelas, ia memberikan paparan lebih terperinci membuatkan setiap sudut di TV itu menghasilkan visual mantap seakan-akan pengguna sedang menyaksikan objek di depan mata.

Jika sebelum ini, pergerakan objek dalam TV belum bergerak lancar disebabkan pertukaran warna yang belum sempurna tetapi Quantum Dot memberi nafas baru yang membawa evolusi visual maju selangkah.

Ia menghasilkan imej realistik yang biasa kita lihat pada pemandangan alam semula jadi dengan bahan yang boleh menghasilkan pewarnaan semula imej dengan tepat hasil manipulasi saiz dan bentuk bahan berkenaan.

Bukan itu saja, Quantum Dot bertahan lebih lama seterusnya memastikan TV anda mempunyai jangka hayat lebih baik tanpa menjejas warna paparan.

Quantum Dot berasaskan bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya berwarna berbeza bergantung kepada saiznya.

Warna terbabit lebih asli dan lebih efisien berbanding kebanyakan bahan yang dimasukkan dalam paparan TV sekarang.

Contoh lebih jelas, partikel asid deksiribonukleik (DNA) bersaiz 1nm manakala sehelai rambut pula kirakira 100,000nm, namun Quantum Dot berada sekitar 3nm atau 7nm.

Lebih kecil jumlah yang dimampatkan pada paparan, ia lebih baik dan memberikan imej berkualiti tinggi.

Selain itu, terdapat pula teknologi ‘High Dynamic Range’ (HDR) diiktiraf inovasi baru yang hadir sama dengan Quantum Dot dalam produksi video dan menghantar isyarat untuk imej gelap atau warna cerah.

Misalnya, anda menonton Batman dalam gua dan tidak berpuas hati dengan adegan dalam guanya kerana ia terlalu gelap, besar kemungkinan ia kerana warna hitam putih yang memonopoli visual tidak begitu cantik sehingga memberi kesan kepada paparan.

Oleh itu, HDR amat penting dalam memberikan warna hitam putih yang lebih baik sehingga menampakkan perincian meskipun adegan filem terbabit berlaku pada waktu malam dan sebagainya.

Bersama TV 4K atau turut digelar TV UHD juga, ia bermakna anda boleh menikmati jumlah piksel empat kali ganda lebih baik berbanding TV HD penuh biasa.

Malah, jika tidak mampu membeli TV 4K, Samsung turut menawarkan TV 3K dengan sedikit kurang pada kualiti gambar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 11:30 AM