Mohd Hanafis Abd Haris

Pengalaman sinematik seakan menonton di panggung wayang kini mampu dinikmati di dalam rumah dengan kehadiran TV OLED G7 daripada LG Electronics (LG).

Dengan gabungan paparan skrin melengkung 77 inci serta kesan bunyi keliling 3D Dolby Atmos®, pengalaman menonton pasti lebih menakjubkan, seakan di dalam panggung wayang.

Selaras dengan evolusi televisyen moden abad ke-21, OLED G7 dilengkapi tiga format terbaru iaitu format Dolby Vision, High Dynamic Range 10 (HDR10) dan Hybrid Log-Gamma (HLG).

Paparan OLED G7 pula dilengkasi ciri khas yang mampu menghasilkan warna hitam dengan nisbah kontras tertinggi.

Selain itu skrin OLED G7 turut dilengkapi penapis pengutub OLED Hitam yang mampu mengurangkan pantulan paparan.

Malah teknologi ini membolehkan warna hitam dihasilkan lebih jitu biarpun dalam bilik bercahaya terang.

Dari segi rekaan pula, OLED G7 membawa reka bentuk panel kaca anggun digelar sebagai 'Picture-on-Glass' yang membolehkan imej kelihatan seakan 'terapung' di udara dengan penghasilan imej lebih realistik.

Dengan gabungan kaca dan panel OLED serba nipis, rekaan TV ini kelihatan lebih mewah, berseni dan kemas.

Bagi sistem bunyi pula, OLED G7 dikuasakan dengan sistem premium Dolby Atmos® yang yang menghasilkan bunyi secara tiga dimensi (3D) atau 360 darjah.

Teknologi ini sekali gus membawakan pengalaman bunyi di pawagam ke dalam rumah pengguna.

Dengan pembelian TV LG OLED G7 pada bulan Ramadan ini, pengguna akan membawa pulang sebuah Pembesar Suara Lajur SJ9 Dolby Atmos® bernilai RM4,999, sebuah Skrin 34” Melengkung UltraLebar bernilai RM4,099 dan langganan PERCUMA Netflix untuk 3 bulan bernilai RM150.

Untuk maklumat lanjut mengenai OLED G7 LG, sila layari www.lg.com/my atau www.facebook.com/LGEMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 7:55 AM