SKRIN paparan LG UltraGear OLED 240Hz menjanjikan keupayaan pengalaman permainan lebih baik.
SKRIN paparan LG UltraGear OLED 240Hz menjanjikan keupayaan pengalaman permainan lebih baik.
Muhammad Saufi Hassan

 

Raja segala skrin paparan kelas permainan. Itu yang boleh diringkaskan berkenaan skrin paparan terbaharu keluaran LG yang menggunakan paparan OLED, sekali gus menghasilkan kualiti visual persis realistik.

Bagi seorang 'gamers' ataupun penyedia kandungan, memiliki skrin paparan yang mampu memberikan tona warna realistik adalah perkara utama.

Pada masa sama, pengguna untuk dua kategori berkenaan cenderung memilih skrin paparan yang menawarkan sudut pandang lebih besar kerana tidak perlu lagi menyimpan tetingkap.

Sudut pandang ultra lebar berkenaan memberikan kepuasan untuk seorang 'gamers' melayan permainan kegemaran mereka. Bagi pencipta kandungan pula, ia memberi bonus untuk menyiapkan sesuatu bahan kerana semua boleh dipaparkan tanpa perlu menyimpan tetingkap di bar pelancar.

SKRIN ini yang menggunakan paparan OLED memberi penghasilan visual realistik.
SKRIN ini yang menggunakan paparan OLED memberi penghasilan visual realistik.

Untuk itu, #ITMetro ingin memperkenalkan skrin paparan yang memenuhi semua aspek berkenaan iaitu daripada LG generasi UltraGear OLED menerusi kod produk 45GR95QE.

Menyentuh aspek spesifikasinya, skrin paparan ini mempunyai keluasan 45 inci WQHD dengan resolusi 3440 x 1440 yang menggunakan paparan OLED, sekali gus setiap kandungan yang dipaparkan mempunyai persis warna realistik atau alam nyata.

Kadar lengkungan skrin ini pula pada tahap 800R, sekali gus memberi sudut pandang yang luas kepada pengguna.

Selain itu, skrin paparan melengkung UltraGear OLED ini turut didatangkan dengan bacaan kadar segar semula 240Hz dengan masa tindak balas atau 'response time' 0.03ms (GtG) menjadikan ia skrin paparan kompetatif dan sesuai untuk genre permainan aksi pantas.

PANEL paparan OLED membantu penghasilan visual lebih baik persis realistik.
PANEL paparan OLED membantu penghasilan visual lebih baik persis realistik.

Skrin paparan ini turut menyokong Nvidia G-SYNC serta AMD FreeSync Premium dan ia mengelakkan daripada kandungan terpapar mengalami 'screen tearing', 'stuttering' dan 'flickering'.

Menyentuh aspek kosmetik pula, skrin paparan ini dilengkapi lampu 'ambient' pada bahagian belakang berbentuk 'hexagon' dan ia boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna.

Penulis meletakkan skrin paparan ini adalah kelas tinggi kerana ia menggunakan paparan OLED bersama ciri-ciri khusus lain.

Untuk genre permainan, penulis mencuba beberapa judul antaranya Starfield, Call of Duty Modern Warfare II dan Diablo IV.

Bagi ketiga-tiga judul berkenaan, semua visual terpapar dengan baik, malah tona warna yang terhasil begitu 'hidup' seolah-ola

h menonton 'wayang', malah bacaan kadar segar semula juga adalah stabil (mengikut spesifikasi desktop penulis).

Lebih mengagumkan adalah pengguna tidak perlu mencari butang pengubahsuaian kerana LG UltraGear OLED (45GR95QE) ini didatangkan dengan alat kawalan jauh.

Pengalaman terhadap kategori penyedia kandungan juga amat baik apabila semua tetingkap boleh dipaparkan serentak dan tidak memerlukan penulis menyimpan pada bar pelancar.

Secara keseluruhannya, skrin paparan ini menawarkan pengalaman premium dan sangat memuaskan sesuai dengan tanda harga serta kelas produk ini yang berada pada tahap tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2023 @ 6:17 AM