Baru-baru ini SS berbual-bual dengan seorang teman. Biasalah apabila jarang berjumpa ada saja topik yang hendak dibualkan.

Sedang rancak berbual-bual teman SS bertanya mengenai status suami kepada seorang artis ini.

Kata teman SS, suami artis itu sudah diisytiharkan muflis, namun dia kurang pasti sejak bila.

Dia bertanya kepada SS benarkah seperti apa yang sedang dihebohkan? Mungkin SS ada terdengar dalam kalangan orang seni bercakap mengenai perkara ini., tetapi SS tidak pula terdengar atau orang kecoh-kecoh mengenai perkara itu.

Apabila cerita ini disampaikan, SS teringatkan kisah artis terbabit yang sebelum ini dkatakan cuba 'tackle' suami orang.

Difahamkan, rumah tangga mereka sudah goyah, tetapi artis terbabit menafikannya.

SS tertanya-tanya juga mengapa dia bersikap begitu? Mengenangkan pertanyaan teman itu buatkan SS berfikir mungkin apa yang berlaku ada kaitan dengan suaminya yang sudah jatuh muflis itu.

Apabila sudah biasa hidup mewah pastinya sukar untuk menerima keadaan ini.

SS: Bahagia hidup dalam keadaan sederhana saja. Cukup makan dan cukup pakai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:00 AM