Penampilan Ella membuat persembahan menggembirakan peminatnya.FOTO NSTP/HAYATI IBRAHIM
Penampilan Ella membuat persembahan menggembirakan peminatnya.FOTO NSTP/HAYATI IBRAHIM
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi rock popular Ella mengakui lebih tenang dan selesa selepas tampil bertudung sejak Ramadan lalu.

Ella, 50, berkata, keputusannya untuk mengenakan tudung muncul secara tiba-tiba sekitar Ramadan lalu.

€œKetika itu, saya sedang berbual-bual dengan suami. Dia kemudian bertanya sama ada saya ingin bertudung dan secara spontan saya terus bersetuju,€ katanya.

Menurut Ella, keputusannya untuk mengubah penampilan bukanlah atas permintaan orang lain atau dengan niat untuk menjalankan perniagaan, sebaliknya adalah daripada hatinya sendiri.

Ella berkata, dia dan suami, Azhar Ghazali gembira dengan penampilan barunya ini.

"Peminat juga memberikan respon positif. Ramai memaklumkan mereka suka dengan perubahan ini," katanya.

Ditanya sama ada dia kini perlu membataskan konsep persembahannya sebagai penyanyi rock, Ella tidak menafikan perlu mengurangkan beberapa aksi yang kini tidak bersesuaian dengan imejnya itu.

€œSaya perlu sesuaikan dengan penampilan saya ini," katanya.

Menurut Ella, dia pernah melihat band rock wanita dari negara Timur Tengah mengenakan tudung atau hijab ketika membuat persembahan dan ia tidak menjadi masalah untuk dia berkarya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 6:16 PM