NIK Mohd Azlan (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Lorong Chicha, Berek 12. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
NIK Mohd Azlan (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Lorong Chicha, Berek 12. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)menyampaikan sumbangan berjumlah RM41,000 kepada mangsa kebakaran di Lorong Chica, Berek 12, di sini dan Madrasah Islamiah Pondok Sri Permai, Permatang Sungkai di Pasir Puteh, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi.

Menurut Dr Nik Azlan, sumbangan itu bagi meringankan beban mangsa yang terbabit dalam kebakaran.

"Sebanyak RM7,000 diberi kepada tujuh keluarga di Lorong Chica, Berek 12.

"Madrasah Islamiah Pondok Sri Permai menerima RM30,000 untuk membaik pulih kemudahan dan selebihnya untuk pelajar yang terbabit," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan itu menerusi zakat MAIK di atas keprihatinan Pemangku Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Harian Metro semalam melaporkan lapan rumah musnah dalam kebakaran di Lorong Chica, Berek 12, di sini, pada 12.50 tengah hari dan 10 pondok di Madrasah Islamiah Pondok Sri Permai, Permatang Sungkai di Pasir Puteh turut musnah kejadian 9.30 malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 6:15 PM