PENGERUSI Eksekutif Yayasan Pembanggunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, menyampaikan sumbangan daripada Tabung Dana Kasih kepada Pengerusi Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh, Ahmad Shukri Hashim, yang terbakar pada 17 jun baru-baru ini. FOTO Fathil Asri

Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menerusi Tabung Dana Kasih menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh yang terbakar Jumaat lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim kepada Pengerusi Madrasah Ahmad Shukri Hashim.

Mashitah berkata, Madrasah Diniah Bakriah adalah penerima pertama dari Tabung Dana Kasih yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mei lalu.

"Sumbangan itu untuk meringankan beban pihak pondok untuk membangunkan semula madrasah berkenaan yang musnah dalam kebakaran lalu.

"Sebagai permulaan kita menyumbang wang tunai RM10,000 dan untuk bantuan susulan kita akan bincang dengan pihak pondok," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tiga unit penginapan dua tingkat penghuni muslimat Madrasah Diniah Al-Bakriah musnah dalam kebakaran jam 5.50 petang, Jumaat lalu

Kebakaran itu menyebabkan kira-kira 50 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 2:20 PM