NAZILI (dua kanan) bersama anggotanya melawat lokasi kebakaran di Berek 12. FOTO Rosliza Mohamed
NAZILI (dua kanan) bersama anggotanya melawat lokasi kebakaran di Berek 12. FOTO Rosliza Mohamed
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menafikan dakwaan pasukan itu lambat ke lokasi kebakaran di Lorong Chica, Berek 12 di sini, kelmarin sehingga menyebabkan lapan rumah musnah seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, sebaliknya pasukan bomba ke lokasi berkenaan hanya seminit selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.58 tengah hari.

"Sebaik menerima maklumat dalam masa seminit pasukan kita ke lokasi kebakaran.

"Dalam kejadian itu, api merebak dengan cepat berikutan faktor angin kuat dan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

"Kita mengambil masa selama 30 minit untuk mengawal api daripada merebak ke 40 rumah berhampiran," katanya selepas melawat lokasi kebakaran di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas dakwaan menerusi Facebook Keadilan Kota Bharu yang menerima aduan berkenaan kelewatan pihak bomba dalam kejadian kebakaran itu sehingga menyebabkan lapan rumah musnah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 4:28 PM