PELAJAR  melihat keadaan pondok mereka yang musnah dalam kebakaran malam tadi. FOTO Azlan Hafeedz
PELAJAR melihat keadaan pondok mereka yang musnah dalam kebakaran malam tadi. FOTO Azlan Hafeedz
Adzlan Hafeedz


Pasir Puteh: Sepuluh pondok musnah dalam kebakaran di Madrasah Ilmiah Sri Permai, Permatang Sungkai, 9.30 malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.43 malam dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya mendapati api sedang marak di sebuah pondok.

"Kita berusaha memadamkan api dan dapat mengawal kebakaran dalam masa 19 minit.

"Kita berjaya menyelamatkan 20 pondok lain yang berada berdekatan," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 11:23 AM