Orang ramai melihat mangsa yang terbaring di jalan raya. FOTO ihsan pembaca
Orang ramai melihat mangsa yang terbaring di jalan raya. FOTO ihsan pembaca
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Seorang pesara kerajaan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh treler di persimpangan lampu isyarat Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira 11 malam itu menyebabkan Hamzah Tamat, 63, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pengkalan Chepa, di sini.

Sumber berkata, mangsa yang menunggang Honda Wave menghala ke Binjai dipercayai dirempuh treler dari arah Pasir Puteh ke Kubang Kerian yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

“Jenazah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 11:50 AM