MCGUIRK yang juga pemain golf profesional dituduh membakar rumah kerana marahkan isterinya yang ingin bercerai. FOTO Agensi
MCGUIRK yang juga pemain golf profesional dituduh membakar rumah kerana marahkan isterinya yang ingin bercerai. FOTO Agensi
Agensi

London: Hanya kerana marahkan isteri menuntut perceraian, seorang jutawan Britain dan pemain golf profesional sanggup membakar rumah sebagai ugutan mengelakkan perpisahan.

Oddity Central melaporkan, Francis McGuirk pemain golf berusia 50 tahun itu dituduh membakar rumah bernilai £900,000 (kira-kira RM5.4 juta) di Sandwich, Kent tahun lalu.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian 25 Jun tahun lalu itu, McGuirk, bapa kepada tiga anak itu masuk ke dalam rumah dimiliki bersama isterinya sebelum menguncinya dari dalam.

"Sebelum kejadian, Sarah menghadiri majlis makan malam, dan sebaik pulang dia membenarkan wanita itu masuk ke rumah dan mengunci rumah dari dalam.

"McGuirk kemudian mula cuba menyalakan api menggunakan minyak masak lama namun api kurang marak.

"Selepas itu, dia membakar beberapa kusyen di ruang tamu menggunakan pemetik api dan asap yang keluar dari rumah disedari jiran yang menghubungi talian kecemasan," kata Pendakwa Raya Caroline Knight kepada mahkamah.

Malah selepas membakar rumah, McGuirk juga mengugut akan membuang Dolly iaitu anjing keluarganya keluar dari tingkap dalam satu minit.

Hartanah pinggir laut di Sandwich dimiliki jutawan berkenaan mengalami kerosakan dengan kebanyakan bilik diselaputi jelaga, namun anggota bomba yang berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mereka.

Hakim yakin McGuirk membakar rumah itu kerana rasa tidak puas hati, sekali gus menyebabkan seluruh keluarganya tertekan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 3:06 PM