Mangsa, Che Mohamad Syzrul Che Ismail, 18, maut dalam kemalangan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mangsa, Che Mohamad Syzrul Che Ismail, 18, maut dalam kemalangan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Seorang remaja berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dekat Kampung Jambu Merah, Padang Kala, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi tadi menyebabkan mangsa, Che Mohamad Syzrul Che Ismail meninggal dunia serta merta akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Sebelum itu mangsa bersama beberapa rakannya dari arah Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.

Bagaimanapun, motosikal jenis Yamaha 125z ditunggangnya bergesel dengan motosikal rakan dan terbabas. Mangsa jatuh di atas jalan dan alami kecederaan serius.

Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 9:32 AM