Wan Mohd Azramie dirawat di HUSM Kubang Kerian selepas dirempuh kereta malam tadi. FOTO ihsan bomba
Wan Mohd Azramie dirawat di HUSM Kubang Kerian selepas dirempuh kereta malam tadi. FOTO ihsan bomba
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh parah dan masih tidak sedarkan diri selepas dirempuh kereta di hadapan balai itu, 10.45 malam tadi.

Wan Mohd Azramie Wan Mohd Mohayidin, 41, dilaporkan parah di kepala, menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Ketua BBP Pasir Tumboh Azmi Mohamed berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Wan Mohd Azramie bersendirian menyeberangi jalan untuk membeli minuman di sebuah kedai.

"Malangnya, dia dirempuh kereta dan disedari orang awam yang kemudian memaklumkan kepada anggota bomba di balai kami.

"Kejadian berlaku 10 meter sahaja daripada pintu masuk balai," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Wan Mohd Azramie masih lagi dalam rawatan rapi dan tidak sedarkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 2:13 PM