HAMZAH (tengah) menunjukan rokok dan sentil tembakauyang dirampas. FOTO Noor Atiqah Sulaiman
HAMZAH (tengah) menunjukan rokok dan sentil tembakauyang dirampas. FOTO Noor Atiqah Sulaiman
Nursyahirah Marzuki


Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 2.5 juta rokok dan 7,560 Kilogram (kg) sentil tembakau dengan nilai cukai RM2.2 juta di pintu utama Kompleks Kastam Kargo, Ahad lalu.

Pengarah JKDM KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM1.8 juta nilai cukai membabitkan rokok manakala, sentil tembakau kira-kira RM4,000.

"Melalui Operasi Kordinasi Pengurusan Sempadan (CBM) yang dilancarkan 15 Januari lalu, anggota JKDM Cawangan Import dan Zon Bebas berjaya menahan tiga lori dan tiga suspek warga tempatan berusia antara 26 hingga 34 tahun.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas tiga lori berkenaan, kita menemui barangan yang disyaki tidak diikrar kastam," katanya pada sidang media rampasan rokok dan sentil tembakau di Kompleks Kastam Kargo, KLIA di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah nilai bagi kedua-dua barangan berkenaan lebih RM413,000 dengan anggaran nilai rokok sebanyak RM307,200 manakala sentil tembakau tembakau kira-kira RM105,840.

"Ketiga-tiga suspek sudah direman di Mahkamah Majistret Sepang untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 2:14 PM