BALWINDER Singh.
BALWINDER Singh.
AP

Nevada (Amerika Syarikat): Seorang lelaki warga India yang mendapat suaka di Amerika Syarikat (AS) dipenjara 15 tahun selepas mengaku bersubahat merancang serangan pengganas di negara asal dari rumah barunya di Reno, Nevada.

Hakim Daerah Amerika Syarikat, Larry Hicks di Reno turut mengarahkan Balwinder Singh, 41, kekal berada dalam pengawasan seumur hidupnya selepas dibebaskan dari penjara susulan pendakwa berhujah dia mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di India sejak lebih dua dekad.

“Ini kesalahan yang amat serius,” katanya.

Pembantu Pendakwa Raya Brian Sullivan berkata, Balwinder dijangka dibebaskan dalam tempoh 10 tahun lagi, memandangkan dia sudah menjalani hukuman kira-kira tiga tahun dan berkelakuan baik. Susulan itu, hakim mahkamah persekutuan akan memutuskan sama ada dia perlu diusir pulang ke negara asalnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 7:54 AM