HUAWEI Pura 70 sesuai bagi mereka yang menginginkan peranti dengan keupayaan fotografi luar biasa. FOTO-HUAWEI
HUAWEI Pura 70 sesuai bagi mereka yang menginginkan peranti dengan keupayaan fotografi luar biasa. FOTO-HUAWEI
Muhammad Najmir Razaman

Reputasi jenama penyedia peranti pintar antarabangsa terkemuka, HUAWEI terus gah dalam kalangan pengguna tempatan.

Terbaharu, jenama itu memperkenalkan siri HUAWEI Pura 70 sebagai tanda menghargai dan memahami kehendak pengguna setia mereka.

Mempertaruhkan tiga model terkini iaitu HUAWEI Pura 70, HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura 70 Ultra, siri ini diyakini mampu memberikan pengalaman kepenggunaan terbaik buat semua.

Inovasi kamera

Keupayaan HUAWEI dalam membawakan inovasi kamera termaju sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Hal ini dapat dibuktikan apabila makmal teknologi terkenal DXOMARK menobatkan kamera HUAWEI Pura 70 Ultra sebagai kamera telefon pintar terbaik DXOMARK dengan penilaian sebanyak 163 mata.

Penilaian ini merangkumi pelbagai aspek fotografi seperti ketepatan warna, tekstur, autofokus dan tahap ketajaman gambar.

Sebagai permulaan, kamera siri HUAWEI Pura 70 didatangkan dengan sensor besar bersaiz satu inci bagi memberikan pencahayaan yang optimum dalam setiap gambar yang diambil.

Bukan itu saja, HUAWEI turut memperkenalkan teknologi Ultra Lighting Pop-out Camera yang hanya terdapat pada siri HUAWEI Pura 70.

HUAWEI Pura 70 direka khas bagi mengekalkan ketajaman dan memberikan butiran yang jelas dalam setiap gambar. FOTO-HUAWEI

 

Selain itu, HUAWEI turut memperkenalkan ciri Ultra-Speed Snapshot bagi menghasilkan gambar yang kekal tajam dan jelas walaupun ketika merakam objek bergerak dalam kelajuan tinggi sehingga 300km/j.

Istimewanya kali ini, HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura 70 Ultra turut dilengkapi kamera Ultra Lighting Super Macro bagi mengekalkan ketajaman dan memberikan butiran gambar yang jelas.

Kamera peranti canggih ini turut dilengkapi dengan mod potret malam menakjubkan yang mampu berfungsi walau dalam cahaya malap selain mod monokrom serta keupayaan mengezum sehingga 3.5 kali.

Paparan kaca kunlun tahan lasak

Bagi menjamin ketahanan peranti, reka bentuk siri HUAWEI Pura 70 menggunakan kaca kunlun generasi kedua yang diperakui tahan 20 kali lebih kuat.

Istimewanya kali ini, HUAWEI Pura 70 Ultra direka khas menggunakan kaca kunlun Crystal Armor bagi memberikan perlindungan terhadap sebarang kesan calar seperti apabila terkena kunci, pisau, duit syiling mahupun semasa meletakkan peranti di dalam beg.

Skrin ketiga-tiga peranti siri HUAWEI Pura 70 ini juga direka menggunakan teknologi HUAWEI X-True Display bagi memberikan keselesaan pada mata pengguna walaupun setelah menggunakannya pada jangka waktu yang lama.

Dari segi reka bentuk skrin pula, HUAWEI Pura 70 memiliki skrin tidak melengkung manakala HUAWEI Pura 70 Pro dan Ultra memiliki skrin melengkung, memberikan genggaman yang lebih kemas pada peranti.

Ketiga-tiga peranti ini turut menggunakan PWM Dimming berfrekuensi tinggi 1440hz dengan kadar segar semula 120hz.

Bateri besar, pengecasan pantas

Gandingan bateri yang tahan lama berserta teknologi pengecasan pantas sentiasa menjadi keutamaan dalam pembikinan telefon pintar masa kini. 

Oleh itu, ketiga-tiga peranti ini disertakan dengan bateri berkapasiti besar iaitu 4900mAH, 5050mAH dan 5200mAH.

HUAWEI Pura 70 memiliki kebolehan pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge manakala model Pro dan Ultra memiliki keupayaan pengecasan tanpa wayar 80W HUAWEI SuperCharge dan pengecasan berbalik tanpa wayar 20W.

AppGallery 

Pengguna juga kini boleh memuat turun sebarang aplikasi kegemaran, termasuk aplikasi Google, Youtube, WhatsApp, Facebook dan Instagram melalui HUAWEI AppGallery.

Walau bagaimanapun, jika terdapat aplikasi yang mungkin tidak dapat dimuat turun melalui AppGallery seperti Netflix dan HSBC Malaysia, pengguna boleh memuat turun dari gedung Google Play melalui HUAWEI AppGallery.

Dapatkan sekarang

Jadi pengguna siri HUAWEI Pura 70 dan dapatkan pelbagai hadiah menarik hari ini. FOTO-HUAWEI

 

Kini tersedia di seluruh negara, pengguna boleh mendapatkan siri HUAWEI Pura 70 di laman rasmi HUAWEI, HUAWEI Flagship Store di Lazada, kedai rasmi HUAWEI di Shopee atau mana-mana pengedar sah HUAWEI pada harga RM3,699, RM4,899 dan RM6,599.

Dapatkan juga HUAWEI FreeBuds Pro 3 dan pelbagai tawaran hebat di AppGallery bernilai sehingga RM2,376 apabila memiliki mana-mana peranti HUAWEI Pura 70.

Selain itu, pengguna Huawei yang membuat penukaran peranti juga akan menerima diskaun tunai atau rebat sehingga RM500.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 8:21 AM