Aksi Eugenie dalam salah satu Jelajah WTA. FOTO Agensi
Aksi Eugenie dalam salah satu Jelajah WTA. FOTO Agensi
Agensi

EUGENIE Bouchard mengambil pendekatan berbeza ketika melakukan penjarakan sosial dengan mengasingkan diri di kawasan padang pasir.

OK, tidak begitu sunyi, tapi pemain tenis yang berada pada ranking 332 dunia menemui ruang untuk bersendiri di lokasi padang pasir Red Rock Canyon, Nevada.

Eugenie memuat naik gambar di Instagram peribadinya yang mempunyai 2.1 juta pengikut dengan perkataan : ‘penjarakan sosial.’

Pelbagai maklum balas diterima daripada peminatnya, ada yang memuji, tidak kurang juga ada di antara bergurau menerusi kenyataan lucu dan mengusik pemain jelita dari Kanada itu.

Kebanyakan darinya menyukai gambar pemain tenis berusia 26 tahun itu.

Eugenie memuat naik gambar di IG. FOTO Eugenie Bouchard.
Eugenie memuat naik gambar di IG. FOTO Eugenie Bouchard.

Nevada melarang perhimpunan lebih daripada 10 orang tapi orang ramai dibenarkan meninggalkan rumah mereka selagi mematuhi garis panduan penjarakan sosial.

Eugenie sebelum ini dipenuhi dengan tawaran teman sepanjang kuarantin selepas dia melakukan kenyataan pengasingan diri lebih menarik dengan teman lelaki.

Kesemua kejohanan ATP dan Jelajah WTA ditangguhkan sehingga 7 Jun ketika wabak pandemik menjejaskan pelbagai kalendar sukan.

Eugenie berdasarkan kenyataan di Twitter kelihatan seperti sudah berpisah dengan Connor Davis - jelas kebosanan berada di rumah.

Bekas pemain nombor lima dunia itu dalam ciapan Twitter : “Tidak mempersoalkan, tapi saya fikir kuarantin akan lebih menyeronokkan bersama teman lelaki.”

Sebelum itu, Eugenie turut memuat naik video aksi latihannya dalam memperkemaskan pukulan ketika tiada kejohanan dapat dilangsungkan dalam tempoh yang panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 10:40 AM