KERETA Perodua Alza dinaiki lima orang remuk selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (km) 302.0 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara hari ini. FOTO Ihsan Bomba
KERETA Perodua Alza dinaiki lima orang remuk selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (km) 302.0 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Bangi: Lima individu terselamat selepas kereta Perodua Alza dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (km) 302.0 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.04 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Alza terbabas melanggar pembahagi jalan.

"Terdapat lima mangsa iaitu dua wanita, tiga lelaki berusia 20-an.

"Mangsa lelaki dibawa EMRS ke Hospital Serdang manakala mangsa perempuan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 8:13 AM