Mohd Khir (tengah) ditemui media selepas menyerahkan memorandum menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang campur tangan dalam prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). FOTO Danial Saad
Mohd Khir (tengah) ditemui media selepas menyerahkan memorandum menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang campur tangan dalam prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). FOTO Danial Saad
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Seramai 50 ahli Gabungan Kelab Penyokong Bola Sepak Pulau Pinang menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, tadi.

Penyerahan memorandum dibuat jam 3 petang oleh wakil Kelab, Mohd Khir Mat Noor kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zahar Zainol.

Mohd Khir berkata, pihaknya menyatakan empat perkara utama iaitu meminta campur tangan Guan Eng untuk mempertimbangkan kedudukan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari.

Menurutnya, pihaknya melihat Zairil tidak tahu tugasnya sebagai Presiden FAP dan selain itu turut mendesak menggugurkan Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood.

"Kami melihat jurulatih dan pemain tidak harmoni dalam pasukan dan kekalahan lima kali dalam saingan Liga Super 2017 amat mengecewakan.

"Satu sesi dialog secara terbuka atau tertutup diadakan bersama Presiden FAP untuk membincang masalah yang berlaku.

"Kita juga menuntut agar pemain import ditukar kerana tidak memiliki standard yang diharapkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 7:18 PM