Pemain Sepak Pulau Pinang bersama jersi baru. FOTO BERNAMA
Pemain Sepak Pulau Pinang bersama jersi baru. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Georgetown: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini memperkenalkan jersi baharu pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2017 selepas menjalinkan kerjasama dengan Legea.

Kerjasama julung kali itu membabitkan tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Super.

Diinspirasikan dengan warna bendera Pulau Pinang pasukan berkenaan akan memakai jersi berwarna biru untuk aksi di tempat sendiri manakala jersi putih di gelanggang lawan.

Majlis pelancaran jersi dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng sambil disaksikan ratusan penyokong Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon, Presiden FAP Datuk Nazir Ariff Munshi Ariff, pengurus pasukan Pulau Pinang Zairil Khir Johari dan ketua jurulatih Pulau Pinang Ashley Westwood.

Sementara itu, Nazir Ariff yang ditemui selepas majlis pelancaran jersi berkenaan, yakin FAP dan Legea iaitu sebuah syarikat pakaian sukan dapat bekerjasama dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 9:41 PM