ZAINAL Abidin Hassan ketika sidang media. FOTO Mikail Ong
ZAINAL Abidin Hassan ketika sidang media. FOTO Mikail Ong
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) secara rasmi mengumumkan pelantikan bekas Ketua Jurulatih Selangor dan Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Liga Super negeri itu, hari ini.

Zainal berkata, sekalung perhargaan diberikan di atas kepercayaan FAP dan berjanji akan memberikan yang terbaik.

"Saya berharap sokongan daripada semua pihak termasuk penyokong setia Harimau Kumbang selain akan mula bertugas secara rasmi Isnin ini," katanya.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Hadir sama, Presiden FAP, Zairil Khir Johari, Pengurus FAP, L Karthiresan dan Penolong Jurulatih, Darren Read serta Exco FAP.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 3:57 PM