Nazir Ariff undur diri selepas tiga tahun bersama. FAP
Nazir Ariff undur diri selepas tiga tahun bersama. FAP
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta, hari ini.

Pengumuman itu dibuat Pengurus pasukan Zairil Khir Johari ketika dihubungi dan mengesahkan perletakan jawatan Nazir Ariff.

Zairil berkata, sebelum ini Nazir Ariff pernah menyatakan hasrat untuk mengundur diri pada musim lalu kerana tidak ingin lagi menerajui FAP selepas tiga tahun bersama.

Katanya, sepanjang beliau menjawat jawatan Presiden FAP kejayaan membawa pasukan Pulau Pinang dari Liga Perdana ke Liga Super adalah sesuatu yang cukup membanggakan.

"Sejak menerajui FAP sebagai pengurus pasukan atas jemputan beliau, saya amat menghargai dan menyanjung tinggi segala apa yang telah beliau korbankan sejak dari dulu.

"Saya sudah berjumpa dengan Nazir Ariff hari ini dan beliau memaklumkan mengenai perletakan jawatan agar musim baru Liga Super 2017 dimulakan dengan lembaran baru," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 8:12 PM