PENDUDUK menebar kelambu menggantikan jala untuk menangkap ikan.
PENDUDUK menebar kelambu menggantikan jala untuk menangkap ikan.
Syaherah Mustafa


Rantau Panjang: Kebiasaannya jala dan bubu digunakan untuk menangkap ikan namun sebaliknya ketika banjir melanda penduduk di Kampung Serongga, Repek, di sini, berbuat demikian dengan hanya menggunakan kelambu dan tudung saji terpakai.

Penduduk hanya perlu meletakkan dua peralatan itu di tali air untuk memerangkap ikan berkenaan.

Ternyata teknik kreatif itu berjaya, apabila penduduk memperoleh pelbagai jenis ikan termasuk jenis sepila, lambak dan setali.

Penduduk, Azizul Ramli, 35, berkata, dia menggunakan kelambu yang sudah tidak digunakan untuk menggantikan jala atau bubu ditempatkan di kawasan air deras bagi menangkap ikan di tali air berdekatan kampungnya.

“Pada asalnya, idea menggunakan kelambu ini sekadar untuk mencuba namun banyak juga hasil tangkapan ikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 6:44 AM