PELAJAR Kolej PTPL Seremban bergambar kenangan selepas menjayakan program.
PELAJAR Kolej PTPL Seremban bergambar kenangan selepas menjayakan program.

Sempena Hari Aids Sedunia yang disambut 1 Disember, Unit Pembangunan Pelajar (UPP) Kolej PTPL Seremban menganjurkan program khidmat komuniti bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan orang ramai mengenai punca, akibat dan langkah pencegahan AIDS/HIV.

Program itu mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban.

Seramai 27 pelajar dan dua pegawai dari UPP memulakan perjalanan menaiki komuter dari stesen KTMB Seremban hingga ke stesen KTMB KL Sentral.

Pelajar mengedarkan risalah kepada penumpang dalam komuter sambil memberi penerangan bahaya AIDS, penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan.

Program ini platform terbaik untuk pelajar memantapkan sahsiah diri khususnya pembabitan dalam aktiviti kemasyarakatan, selain mengasah kemahiran komunikasi dengan masyarakat.

Pelajar turut mendaftar sebagai ahli SKUAD Sukarelawan Anti Dadah Negeri Sembilan bagi membantu merealisasikan masyarakat Malaysia bebas AIDS/HIV dan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:03 AM