MEMUPUK semangat kerjasama dalam kalangan pelajar untuk menghargai peranan pokok pada alam.
MEMUPUK semangat kerjasama dalam kalangan pelajar untuk menghargai peranan pokok pada alam.
TETAMU kehormat turut menanam pokok sebagai tanda sokongan.
TETAMU kehormat turut menanam pokok sebagai tanda sokongan.
BERGAMBAR kenangan selepas program berakhir.
BERGAMBAR kenangan selepas program berakhir.

Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu Kuantan, Pahang menanam 100 pokok spesies medang teja dan bunga tanjung di sekitar kawasan padang bola sepak institusi itu, baru-baru ini.

Program yang disokong Jabatan Perhutanan Pahang itu turut menyasarkan penanaman 600 pokok pelbagai spesies setiap tahun bagi mengindahkan kampus selain mendidik pelajar menghargai kepentingan penjagaan alam sekitar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 9:42 AM