IZZUE Islam. FOTO Mahzir Mat Isa
IZZUE Islam. FOTO Mahzir Mat Isa
Najiy Jefri


Lapan tahun bergelar anak seni membuatkan pelakon dan penyanyi Izzue Islam masak dengan sepak terajang dunia hiburan.

Satu Malaysia sedar, pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan ini dahulunya pemuda yang penuh dengan angan-angan mahu bergelar insan berjaya. Berbekalkan semangat, dia nekad berhijrah ke ibu kota bagi merealisasikan impiannya.

Kini anak seni kelahiran negeri Cik Siti Wang Kembang itu mampu tersenyum riang. Bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian, Izzue turut melakar nama sebagai pelakon dan pengacara.

Lebih menarik jejaka berusia 27 tahun itu kerap menggalas watak hero dan menjadi pilihan ramai pengarah.

Kongsi Izzue, bakat yang dimilikinya mengubah nasib keluarganya yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 8:31 AM