JALANI (tengah) bergambar dengan peserta.
JALANI (tengah) bergambar dengan peserta.

Nilai: Bekas jaguh beregu negara, Datuk Seri Jalani Sidek tampil berkongsi tips mengenai permainan badminton dengan peserta Kejohanan Tertutup Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan KLIA, Nilai, baru-baru ini.

Kehadiran jaguh badminton negara itu nyata menjadi kenangan indah buat peserta kerana beliau sendiri menyaksikan persembahan semua yang bertanding.

Seramai 64 pemain daripada kakitangan dan mahasiswa USIM menyertai kejohanan yang menjadi acara sukan penutup tirai tahun ini.

Pengarah kejohanan Mohd Fauzi Amiruddin berkata, kehadiran Jalani nyata memberi impak positif kepada peserta yang bertanding dan mereka menunjukkan semangat tinggi.

“Kami membawa jaguh itu bertujuan mendapatkan pengalaman dan berkongsi dengan pemain dan peminat badminton USIM yang mungkin boleh membantu mereka meningkatkan permainan.

“Nyata usaha kami tidak sia-sia apabila tokoh sukan itu tidak lokek berkongsi tips dan kunci kejayaannya,” katanya.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1,600 itu dimenangi gandingan Mohamad Nasrullah Mohd Noor dan Harithah Mohd Aziz bagi kategori beregu lelaki m anakala wanita dimonopoli Syahida Abdul Aziz dan Siti Aisyah Azmi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 11:18 AM