Markus Rehm dari Jerman bertanding dalam acara lompat jauh kategori T64 di Paralimpik Tokyo. FOTO Agensi
Markus Rehm dari Jerman bertanding dalam acara lompat jauh kategori T64 di Paralimpik Tokyo. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Sukan Paralimpik menampilkan kira-kira 4,400 atlet yang bertanding merebut 539 pingat dalam 22 jenis sukan sepanjang temasya berlangsung.

Beberapa atlet yang bertanding dalam acara masing-masing menjadi tumpuan antaranya jaguh lompat jauh kategori T64, Markus Rehm dari Jerman.

Dia memenangi pingat emas kejohanan Dunia pada 2019 dan Kejuaraan Eropah tahun ini dengan catatan 8.62 meter selain menjadi atlet pilihan untuk memenangi pingat emas di Tokyo.

Peserta tuan rumah, Shingo Kunieda yang beraksi dalam acara tenis kerusi roda pastinya memperoleh semangat beraksi di laman sendiri.

Pemain nombor satu lelaki dunia itu melakar sejarah acara perseorangan di Beijing 2008, menang emas beregu di Athens pada penampilan pertamanya.

Selain mengekal kejuaraan di London tetapi bergelut dengan kecederaan di Rio yang memaksanya hanya berpuas hati dengan gangsa.

Turut bakal mencuri perhatian jaguh renang para, Husnah Kukundakwe dari Uganda, atlet Amerika Syarikat, Michael Brannigan, Anastasia Pagonis (renang), wakil Kanada, Kate O'Brien (basikal) dan Michael Roeger dari Australia (olahraga).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 7:56 PM