Ruud van Nistelrooy
Ruud van Nistelrooy

Reuters

Manchester:Pasukan sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United melantik bekas penyerang mereka Ruud van Nistelrooy sebagai pembantu kepada pengurus Erik ten Hag dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan sebagai juara 20 kali liga.

Malah, pasukan terbabit juga melantik Rene Hake juga berperanan sebagai pembantu untuk melengkapkan pasukan pengurusan yang sepenuhnya dari Belanda.

Ten Hag menandatangani lanjutan kontrak yang akan mengekalkannya di EPL itu sehingga 2026 walaupun mengalami musim yang buruk di mana United menduduki tempat kelapan dalam kedudukan.

"Ini adalah masa terbaik untuk pasukan kembali segar dengan barisan kejurulatihan baru ketika kami berusaha membina kejayaan dua tahun lalu untuk memacu ke tahap seterusnya," kata Ten Hag dalam satu kenyataan.

Van Nistelrooy, 48 tahun, menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan EPL untuk United antara 2001 dan 2006.

Dia juga adalah penjaring terbanyak United dalam Liga Juara-Juara dengan 35 gol selain menjaringkan 35 gol dalam 70 penampilan untuk Belanda.

Van Nistelrooy membimbing PSV Eindhoven untuk berada di posisi kedua dalam saingan Eredivisie dan memenangi Piala Belanda pada 2022-2023.

"Bersama Ten Hag, kami bekerja untuk memantapkan semua aspek pasukan pertama utama menerusi kakitangan kejurulatihan yang baru adalah bahagian penting," kata pengarah sukan United, Dan Ashworth.

tamat//

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 3:06 AM