Lamine Yamal
Lamine Yamal
Agensi

Berlin: Sepanyol dijangka mengambil risiko melanggar undang-undang Jerman dengan membenarkan pemain mudanya Lamine Yamal membarisi kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England.

Yamal yang berusia 16 tahun menjadi sebutan di pentas Euro 2024 menerusi gol menakjubkan ketika menentang Perancis tempoh hari.

Bintang muda Barcelona itu melakukan rembatan dari luar kotak penalti dengan kaki kirinya untuk Sepanyol menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-1 pada babak pertama perlawanan.

Rakan sepasukannya Dani Olmo kemudiannya meletakkan pasukan yang digelar La Roja di hadapan untuk menempah tiket ke pentas Final.

Sehari kemudian, England pula mengesahkan tempat di pentas final menerusi kemenangan dramatik.

Jaringan minit ke-91 Ollie Watkins melengkapkan kebangkitan menentang Belanda dengan situasi seperti Perancis, mendahului awal permainan.

Pengendali England Gareth Southgate dan pasukannya kini ditugaskan menyekat kemaraan Yamal untuk sekurang-kurangnya 90 minit supaya pemain itu tidak mengecewakan pasukan walaupun terpaksa melanggar undang-undang Jerman.

Sebab mengapa Yamal tidak sepatutnya dibenarkan beraksi berikutan secara teknikal adalah kerana di Jerman, mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak dibenarkan bekerja selepas jam 8 malam (waktu di Jerman).

Namun dikhabarkan terdapat pengecualian untuk atlet seperti yang dilaporkan oleh saluran Sepanyol, Cadena Cope.

Pemain bola sepak dibenarkan beraksi sehingga jam 11 malam namun pengecualian itu bukan hanya untuk ketika wisel penamat ditiup. Ia termasuklah tugasan pemain selepas perlawanan seperti mandi di stadium dan bercakap kepada media.

Persatuan Bola Sepak Sepanyol dikatakan sudah dimaklumkan sebelum kejohanan bahawa mereka boleh dikenakan denda €30,000 (RM153,731) jika mereka melanggar undang-undang itu.

Sudah tentu, situasi terbabit bukanlah berbahaya bagi Yamal yang kebetulan berusia 17 tahun pada Ahad ini mungkin tidak dibenarkan beraksi walaupun dia kebiasaan bermula pada beberapa perlawanan terdahulu pada jam 9 malam.

Pengurus Sepanyol De la Fuente menjawab mengenai spekulasi terbabit bahawa pemain berusia 16 tahun itu akan keluar dari stadium sebelum jam 11 malam.

"Kami semua bertanggungjawab terhadap kesejahteraannya. Kami akan melakukan tugas kami dan memberikan peluang dia bermain. Tidak lebih daripada itu," jelas Fuente, seperti yang dipetik oleh Marca.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 3:33 AM