Cristiano Ronaldo yang beraksi bersama Al-hilal yang beraksi di Liga Pro Saudi.
Cristiano Ronaldo yang beraksi bersama Al-hilal yang beraksi di Liga Pro Saudi.
Reuters

Riyadh: Liga Pro Saudi sudah mula berubah apabila menggalakkan kelabnya mula memupuk bakat muda tempatan sekali gus mengubah fokus mereka daripada mengambil pemain antarabangsa dengan harga tinggi berdasarkan kepada garis panduan dokumen musim baru.

Berdasarkan kepada situasi terkini 97 pemain asing sudah ditandatangani musim lalu termasuklah bintang bola sepak antarabangsa berusia 39 tahun iaitu Cristiano Ronaldo dan penyerang Brazil Neymar.

Badan pentadbir bola sepak global Fifa berkata bahawa kelab tempatan adalah antara lima berbelanja besar dalam pasaran perpindahan antarabangsa buat kali pertama, dengan membelanjakan $970 juta pada tahun 2023 berbanding $50.4 juta pada tahun 2022.

"Dengan memberi tumpuan kepada menarik bakat antarabangsa yang lebih muda, kami bertujuan memberikan peluang kepada belia untuk belajar daripada pemain yang terbaik di dunia.

"Fokus strategik ini pada pemain muda membolehkan kami membina kejayaan jangka panjang, daya saing, dan kelestarian untuk kedua-dua liga dan kelab,"kata jurucakap SPL, ketika ditanya tentang butiran dalam dokumen itu.

Ia berkata peraturan untuk menggalakkan pembangunan belia akan berkuat kuasa secepat mungkin sebaik musim ini berakhir.

Menurut rancangan terbabit, pasukan akan diberikan dua ruang pemain antarabangsa tambahan beraksi di bawah 21 tahun.

Liga ini juga akan mengurangkan skuad perlawanan kepada 25 pemain daripada 30.

"Meminimumkan kesan yang tidak diingini daripada mempunyai bangku simpanan yang terlalu dalam, dengan itu memberikan lebih banyak peluang kepada pemain muda yang baru," kata jurucakap itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 1:11 AM