PUTRAJAYA 15 DECEMBER 2016. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK Edisi Disember 2016. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
PUTRAJAYA 15 DECEMBER 2016. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK Edisi Disember 2016. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam bidang penguatkuasaan sejajar dengan usaha mengekang penyeludupan, terutama di sempadan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kertas kerja berhubung cadangan itu kini sedang diperincikan dan dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri Januari ini untuk mendapat kelulusan.

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai perkara itu dan kedua-duanya menyambut baik cadangan berkenaan.

"Kami percaya menerusi kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini, ia dapat memberi kekuatan kepada anggota penguatkuasa KPDNKK yang kini hanya seramai 2,500 mempergiatkan lagi aktiviti penguatkuasaan.

"Ini kerana kedua-dua jabatan ini mempunyai kekuatan anggota yang ramai, jadi kami harap ia dapat memperketatkan lagi aktiviti penguatkuasaan sekali gus mengekang masalah ketirisan barangan bersubdisi dan penyeludupan di sempadan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Hamzah turut melancarkan Kalendar Bank Rakyat 2017 yang bertemakan 'Indahnya Ilhammu, Seninya Jiwamu'#anakkita.

Kalendar berkenaan memaparkan hasil karya kanak-kanak autisme dari Persatuan Autisme Kebangsaaan Malaysia (NASOM).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 7:06 PM