NIK Mohamad bersama basikal ciptaannya.
NIK Mohamad bersama basikal ciptaannya.
‘AUTISME Tricycle Therapy’ basikal beroda tiga yang dicipta untuk membantu perkembangan anak autisme.
‘AUTISME Tricycle Therapy’ basikal beroda tiga yang dicipta untuk membantu perkembangan anak autisme.
AKTIVITI pameran yang mendapat sambutan masyarakat.
AKTIVITI pameran yang mendapat sambutan masyarakat.
ANTARA ahli kumpulan yang membantu Nik Mohamad.
ANTARA ahli kumpulan yang membantu Nik Mohamad.
NAIB johan dalam pertandingan MyInovasi pada tahun lalu.
NAIB johan dalam pertandingan MyInovasi pada tahun lalu.
Amri Mutalib


TIDAK ramai rakyat di negara ini mengetahui secara lebih mendalam mengenai austisme.

Malah, terdapat segelintir daripada mereka memberi persepsi negatif terhadap individu dan ahli keluarga yang berhadapan masalah autisme ini.

Penyakit autisme adalah gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak.

Gangguan pada bahagian otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang berkomunikasi, menjalin hubungan dan bertindak balas dengan dunia luar.

Orang yang menderita autisme selalunya dilihat akan mengulangi perkara sama.

Paling ditakuti ibu bapa apabila diberitahu anak mereka menghidap autisme, susah hati, murung, kesunyian dan rasa bersalah.

Semua ibu bapa berharap anak mereka akan menjadi normal satu hari nanti.

Ini kerana mereka bimbang anak bergantung hidup kepada orang lain dan siapa akan menjaganya apabila mereka tiada.

Menyedari perlunya golongan berkenaan dibantu, seorang penuntut Kejuruteraan Elektrikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Nik Mohamad Syairazi Zainuddin, 21, mencipta satu produk yang boleh mengubah cara hidup anak autisme secara berperingkat.

Menurutnya, autisme tidak boleh disembuhkan, namun banyak perkara boleh dilakukan ibu bapa dengan kaedah terapi berbeza yang sesuai dengan perkembangan anak.

‘Autisme Tricycle Therapy’ adalah basikal roda tiga yang dicipta bagi membantu perkembangan anak autisme dari segi pendidikan.

Pada masa sama ia turut meningkat kekuatan daya otot apabila menggunakannya.

“Basikal roda tiga ini ada kelengkapan sempurna seperti skrin LCD, pengesan untuk mengayuh, peti keselamatan dan kotak interaksi untuk mereka melakukan aktiviti luar atau tertutup,” katanya.

Menurutnya, tiada lagi negara yang menggabungkan empat elemen mencipta basikal roda tiga iaitu terapi, kelengkapan interaktif, sistem pemantauan dan peti keselamatan.

Hasil testimoni berjaya

Menurut Nik Mohamad yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ini, basikal roda tiga berkenaan sudah diuji keberkesanannya oleh sekumpulan pesakit autisme di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Katanya, selama tiga bulan uji kaji itu dijalankan dan ternyata berjaya digunakan oleh sekumpulan anak autisme malah mereka tertarik dengan sistem disediakan.

“Mereka yang menggunakan basikal beroda tiga ini ada peningkatan dari segi pembelajaran dan mengikut segala peraturan,” katanya.

Basikal itu, katanya, dibuat daripada barang terpakai ternyata memikat hati ibu bapa.

Malah, ia disempurnakan dengan susunan abjad yang dijadikan medium pembelajaran untuk anak autisme.

Basikal tiga roda yang dicipta anak muda ini ini pernah meraih pingat emas dalam ‘National Innovation and Invention Competition Though Exhibition (COMPEX) 2017’, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 6:25 AM