FOTO Saddam Yusoff
FOTO Saddam Yusoff
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta supaya meneliti cadangan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat supaya satu mekanisme penentuan harga minyak masak diwujudkan segera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu harus diteliti kerana pandangan itu lahir daripada NGO dan rakyat sendiri yang terkesan dengan kekeliruan harga minyak masak yang dihadapi kini.

"Cadangan baik itu akan disalurkan kepada Menteri KPDNKK sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau juga mahu Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK meningkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan minyak masak negara ke negara jiran.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di lorong tikus dan bukannya laluan rasmi (laluan sempadan negara).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 11:45 AM