IHSAN Polis Diraja Malaysia
IHSAN Polis Diraja Malaysia
Yahya Awang


Taiping: Seorang terbunuh manakala empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di KM83 Jalan Ipoh-Butterworth, dekat Simpang Empat, awal pagi ini.

Ng Ah Bah @ Ooi Gim Chooi, 80, iaitu Pengarah Eng Heap Seng Rice & Flourmill (M) Sdn Bhd dan berasal dari Pulau Pinang, maut dalam kemalangan pada 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Nissan Sylphy, Volkswagen dan Proton Wira.

"Mangsa yang maut adalah pemandu Volkswagen. Mereka yang cedera pula adalah pemandu dan dua penumpang Nissan Sylphy serta pemandu Proton Wira," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Sylphy dipercayai datang dari arah Kamunting memasuki laluan bertentangan lalu terlanggar pintu belakang sebelah kanan Wira.

Katanya, Wira itu kemudian terbabas dan bertembung dengan Volkswagen yang ketika itu bergerak dari arah bertentangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 9:21 AM