LANS Koperal Khairul maut ketika cuba menolong kenderaan yang terbabas ke dalam longkang. FOTO ihsan Bomba
LANS Koperal Khairul maut ketika cuba menolong kenderaan yang terbabas ke dalam longkang. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Bentong: Anggota tentera maut ketika cuba membantu mangsa kemalangan apabila dilanggar kenderaan pebagai guna (MPV) dipercayai terbabas di Kilometer 44.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Karak, di sini, 6.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu mangsa, Lans Koperal Khairul Anuar Zakaria, 34, dikatakan turun dari kenderaan tentera yang diletakkan di bahu jalan bagi membantu mangsa sebuah lagi MPV yang terbabas ke longkang di arah sama sebelum dia dirempuh.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bentong ketika dihubungi berkata, ketika kejadian cuaca dalam keadaan gerimis sebelum kemalangan meragut nyawa anggota Tentera Darat dari Kem Mempaga, Karak itu berlaku.

"Akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," kata jurucakap terbabit.

Katanya, siasatan lanjut kini diserahkan kepada polis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 10:24 PM