KEADAAN kenderaan polis yang terbabas. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN kenderaan polis yang terbabas. FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Gombak: Anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandu terbabit dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya DUKE menghala ke Lebuhraya Karak, di sini, 10.50 malam tadi.

Jurucakap bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang konkrit lebuh raya.

"Mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Selayang apabila mengalami kecederaan patah tangan kiri selain cedera teruk di bahagian dada," kata jurucakap itu, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang bertugas di unit MPV Kuala Lumpur-Lanchang kini dihantar ke Jitra, Kedah untuk dikebumikan.

Kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 1:24 PM