Keadaan MPV yang hilang kawalan sebelum melanggar tembok batu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hari ini. FOTO ihsan Bomba
Keadaan MPV yang hilang kawalan sebelum melanggar tembok batu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hari ini. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


WANITA warga emas bersama cucunya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tembok batu di Kilometer 41 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, kira-kira 12 tengah hari, hari ini.

Dalam kejadian itu mangsa Minah Hassan, 82, serta cucunya Nabilah Qistina Ahmad Zaim, 14, maut di tempat kejadian selepas MPV dipandu anaknya Ahmad Zaim Mokhtar, 54, dikatakan hilang kawalan sebelum berpusing ke sebelah kiri jalan dan melanggar tembok batu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Deputi Superintendan Semari Sumar berkata, ketika kejadian MPV itu dinaiki lima mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Chendering, Terengganu dari Sri Iskandar, Perak.

“€œSiasatan awal mendapati pemandu gagal mengawal kenderaannya akibat jalan licin serta berselekoh.

“€œEkoran itu ibu serta anak mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu berkenaan serta isteri dan seorang lagi anak perempuannya cedera di beberapa bahagian anggota badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Bentong.

Semari berkata, keterangan pemandu itu akan diambil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 6:59 PM